April 30, 2012

Promosi Produk Catalyst - Harga Murah (sah sehingga 18 Mei 2012)


Promosi Dengan Harga Lagi Rendah!!

So apa lagi. grab it now my dear :))


SAH SEHINGGA 18 MEI 2012 (JUMAAT)

 
Promosi leEs 10% not include postage!!





Senarai Harga Promosi


- VCO Softgel : RM 36 (harga asal RM39.90)

 
- VCO Pure Oil : RM 36 (harga asal RM39.90)


- Hair Treatment : RM 36 (harga asal RM39.90)


- Hair Revitalizer : RM 36 (harga asal RM39.90)


- Collagen : RM 56 (harga asal RM59.90)


- Fibre Drink : RM 56 (harga asal RM59.90)


- Mindstar : RM 56 (harga asal RM59.90)


- Men Vita : RM 40 (harga asal RM45)


- Femme Vita : RM 40 (harga asal RM45)


- Maxorea : RM 36 (harga asal RM40)


berminat terus call @ msg 172538580 @ email : ra_deka85@yahoo.com

Manisnya Berumah Tangga

Assalamualaikum w.b.t

Ramai yang tertanya-tanya nape la orang lain yang berumah tangga kata mana ada seronoknya kahwin nie..terus nikah jer dah jadi milik si dia..rasa mula terkongkong..ye la dlu wat nie bolei skang nak wat aktiviti yang disukai pun susah coz dah ada anak..sapa kata kahwin nie seronok n manis..asyik2 kne mengadap suami/isteri setiap hari..kne tanggung itu dan ini..sampai duit nak bershopping or moderate kereta pun xlei..nak kne tanggung makan minum n kelengkapan harian anak dan isteri...bila dah kahwin dan dah ada anak..cbuk lak nak jaga anak..nak pergi berdandan pun dah tak sempat..selekeh nyer memanjang jer sambil mengendong anak...dan macam-macam lagi la presepsi masyarakat skang tentang berumah tangga..mula la masing2 wat kerja-kerja yang dilarang oleh ALLAh s.w.t..

MENELADANI CARA RAKAMAN RUMAHTANGGA NABAWI

Melihat kepada hadith-hadith Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang rumahtangga Baginda, kita memang bertemu dengan pelbagai perkara yang boleh difahami sebagai keaiban. Bukan semuanya indah-indah belaka. Cemburu sang isteri, kesilapan perhitungan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pada mendamaikan cemburu para isteri (yang ditegur oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam Surah al-Tahrim ayat 1), kelakuan-kelakuan manusiawi para Alul Bayt, semuanya dirakam dengan telus dan tulus.

Membaca hadith tentang rumahtangga Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, ia tidak ubah seperti sebuah drama. Ada ilmunya, ada tawa, ada duka, ada menang dan ada kalah, ada peluh dan air mata. Namun kesemuanya digarap sebagai teladan dan sempadan daripada Rumahtangga Nabawi kepada kita.



Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). [Al-Nisaa' 4: 19]

I mengambil teladan itu untuk mencari panduan diri dalam kendali rumahtangga. Mencatat pengalaman itu, dalam bentuk tulisan yang mudah-mudahan boleh berfungsi sebagai panduan. Teruji pula dengan hakikat diri sebagai isteri dan ibu yang menjadikan rumahtangga sebagai core subject. Namun sukar buat i. Sukar mencari bahasa optimis dan positif, pada membentangkan ibrah daripada sebuah krisis. Wah dah ada tokoh sebagai penceramah plak i nie..insyaallah...

Sabar apabila ada yang menuduh i cuba membina bayangan khayalan tentang sebuah rumahtangga dek kurangnya berbicara tentang masalah, pergaduhan, keaiban dan hal-hal yang sinonim dengan realiti sebuah rumahtangga. I pun manusia biasa yang masih ingin menambah lagi kemanisan dalam rumah tangga..walaupun masih baru dlm alam berumah tangga nie xp i takut akan makin berkurangannya "aura" nie dlm perjalanan rumah tangga kami..i hanya mampu berusaha dan berdoa pada yang Maha Esa..

Namun syabas bagi mereka yang mampu untuk read between the lines bahawa rumahtangga i sama seperti rumahtangga orang lain.

Dan syabas juga kepada anak bujang yang faham bahawa, uniknya cinta antara seorang suami dan isteri ialah, seburuk mana pun kelakuan suami kepada isteri, dan seteruk mana pun perangai isteri kepada suami, akhirnya mereka kembali kepada sebuah damai, kerana mereka adalah SUAMI ISTERI.



gambar nie di snap ketika bercuti di Lumut, Perak (2011) 
dan ketika nie juga la hadir insan yang disayangi..hihihii

April 20, 2012

Cantik ~~!!


Assalamualaikum w.b.t

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.

Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.


Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.

Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik.

Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.

Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan.

April 18, 2012

Edisi 6 Cerita Lawak - KeH..Kehhhh!!~~

Assalamualaikum w.b.t



Cerita Lawak/ lucu 1: Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.


Cerita Lawak/ lucu 2: Bahasa Inggeris
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.


Cerita Lawak/ Lucu 3: Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.


Cerita Lawak/ Lucu 4: Mayat

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Cerita Lawak/Lucu 5: Tiru

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".


Cerita Lawak/ Lucu 6: Makan
cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB: kau makan ape?
cA: makan angin...............................

April 17, 2012

Testimoni Pengguna Produk VCO - Powerlaa~~!!

Assalamualaikum w.b.t

Sekadar untuk berkongsi kegembiraan dengan customer yang dah mengcuba produk VCO..ternyata keberkesanan produk nie tiada lagi persoalan..semakin ramai yang sudah berkongsi pengalaman menggunakan produk VCO tanpa was-was..khasiatnya yang banyak, mudah n murah untuk didapati maka i selalu berminat untuk share pengalaman customer yang telah mengcuba produk nie...kesemua kaum hawa dan adam diluar sana yang masih lagi mempunyai masalah kulit dan wajah untuk kembali cantik berseri tanpa sebarang kesan sampingan. Produk nie i dah pakai almost 1 year n memang xdinafikan membawa perubahan yang begitu besar dalam kehidupan harian i...tatkala i pregnant pun alhamdulilah masih mengambil produk VCO nie..sesiapa yang masih ingin mendapatkan produk Catalyst, lei la dapatkan daripada i dengan harga promosi untuk setiap pembelian..insyaallah ada rezeki i akan bagi present or gift bagi customer yang kerap order produk Catalyst dengan i..jgn lepaskan peluang nie ok..






Kek Puding Roti Untuk Suami Tercinta

Assalamualaikum w.b.t

Hahahaha..entry kali ini nak citer gak pasal i wat kek puding roti pagi2 nie..sampai mata ini mengantuk datang opis..nasib baik la big bos xder n keje pun xla manyak sangat...nie gara-gara suami yang duk bertanya xde masak special ke contoh kek puding roti ke...hehehehe...alamak...tgk muka tue cam beriya2 nak..yer la i wat kek puding roti tuk dihidang ke suami tercinta pun boleh dibilang ngan jari.
  • wat time berbuka posa tahun 2011 (kismis hitam + madu cair)
  • wat tuk opis husband (taruk strawberry + sos vanila)
  • wat tuk makan sendiri - tue pun coz ada lebih bahan (time husband xder kat umah)
Skang ini husband dok tanya tak teringin ke nak wat lagi ker kek puding roti nie..huhuhuuhu..so jd nyer disebabkan bahan2 dah encik suami udah membeli maka tangan nie harus la rajin membuat nyer...hoohoho..cam terpaksa lak yer..kekekeke..so seawal jam 5.00 am i dah bangun tuk making this kek puding..wah!!~~ biar satu umah bau kek puding rotiku yg harum nie pagi2...heheheh...memang btui, husband siap kata sapa yang pg masak nie..sedap nyer bau..siap tersengih2 g..jd nie la hasil kek puding roti ku..hasilnya amat la kacau bilau sedikit..xper kene watermarks ckit..cantik la ckit nampak kek puding roti ku...hahahaha



April 16, 2012

Maliqa Hijab - Batch 02

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman semua, i telah pun update Tudung MALIQA HIJAB - BATCH 02 dalam FB serta material jenis kain daripada batch nie pun tebal ckit dan design baru serta ada diantaranya dh sold out..tapi kepada sesiapa yang berminat dengan pattern tudung bawal berjurai yang dah sold out nie lei la wat PREORDER dengan i secepat mungkin coz takut stok dah xder kat tauke besak..hehehehe..sesapa-sapa yang berminat lei la anta email ke ra_deka85@yahoo.com yae...
BATCH 02

CODE: R002
SOLD OUT

CODE: R001
SOLD OUT

CODE: R003
SOLD OUT


CODE: R004
AVAILABLE (1 helai)


CODE: R005
AVAILABLE (1 helai)


CODE: R006
AVAILABLE (1 helai)


CODE: R007
AVAILABLE (1 helai)


Contoh Pemakaian Maliqa Hijab - Batch 02


Contoh Pemakaian Maliqa Hijab - Batch 01

Doa Pengikat Kasih Sayang

Assalamualaikum w.b.t


“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”.
“Tetapi Ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan”.
“Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya”.
“Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya”.
“Ya Allah Ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini”.
“Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh”.
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.



April 13, 2012

Maliqa Hijab

Assalamualaikum w.b.t

Hye..disini tiqa nak war-warkan yang tiqa sudah pun mula berjinak-jinak berniaga tudung bawal berjurai yang tengah hot skang dipasaran dan merupakan fashion terbaru dan tengah hangat  skang nie dipasaran..kat sini pelbagai jenis dan design yang dah ada kat tangan tiqa..dan untuk permulaan, tiqa akan mulakan melalui batch by batch..dengan harga yang berpatutan dengan jenis material kain yang berbeza..xp harga tetap yang mampu dibeli dan dimiliki oleh semua orang...memang love la..~~~hohohohoho..so sesiapa yang berkenaan lei terus call atau sms 172538580 atau terus g FB just search MALIQA HIJAB or BONDA UMAIRAH..kalo malu sangat lei la antar email di ra_deka85@yahoo.com   ..tiqa akan update batch by batch ok..kalo yang dah sold out pun lei wat pre order..xp kne maklum awal2..bagi serius buyer sahaja akan dilayan...ok..
BATCH 01 



CODE : M001
RM 15
AVAILABLE (2 helai)

CODE : M002
RM 15
SOLD OUT

CODE : M003
RM 15
SOLD OUT

CODE : M004
RM 15
SOLD OUT

CODE : M005
RM 15
AVAILABLE (1 helai)

CODE : M006
RM 15

SOLD OUT

CODE : M007
RM 15
SOLD OUT

p/s: actually ada lagi design tuk Batch 01 nie..t kalo sempat i update g ok..

April 9, 2012

Hari Terakhir Di PBSB Miri

Assalamualaikum w.b.t

Pada minggu lepas (date: 06.04.2012), hari terakhir i membuat pengauditan di PBSB Miri, Sarawak. Maka sesi makan2 besar telah diadakan pada malam sebelumnya sebelum kami berangkat pulang ke Putrajaya. Memang syok dan besh. Terima kasih banyak2 kepada warga kerja di PBSB Miri..xlupa juga layanan daripada warga kerja di IKBN Miri yang memang layan orang pregnant nie macam..siap makan besar g..pertama kali i rasa mee kolok yang sedap n juga makan seafood yang memang kaw (for information, kerang masak kicap diaorang memang kaww) kalo datang kat cne rugi kalo xrasa makanan2 kat sane..thanksfully to Fiza, Hamzah, Daniel, Julia (PBSB Miri), Mimi, Andrew dan Encik Khairil (IKBN Miri) yang intertend kitaorang bagai nak rak kat sane..tq so much..nie merupakan gambar2 yang sempat i snap ok..layan!!~~~

Julia, Fiza dan me


En. Samari dan Hamzah

Sup Tulang Power

Umai Ikan Tenggiri


Ikan Bakar

Doorgift dari Auditi

April 5, 2012

Tip Rumah Tangga Bahagia - 7P

Assalamualaikum w.b.t
Petua nie i amalkan semenjak i tengok program Semanis Kurma di TV9..nie adalah petua-petua yang diberikan oleh Ustazah Siti Norbahyah...Katanya jika nak diri kita di sayangi suami atau menjadi isteri yang baik, kita mesti ada 7 P seperti berikut :
1. Penyeri
2. Pelengkap
3. Penghibur
4. Pendamai
5. Penasihat
6. Pembantu setia
7. Pengasih dan penyayang

Apa maknanya tu? Maksudnya sebagai seorang isteri kita mestilah menjaga kecantikan diri, mengemas rumah terutama bilik tidur supaya sentiasa kelihatan berseri.
Kita juga mesti setia menemani suami, tidak membantah dan tidak menjatuhkan air muka suami kita. Jadilah pasangan yang sentiasa menemani suami ketika senang dan susah.



April 4, 2012

SaRanG HeY0

Assalamualaikum w.b.t

"Terima kasih kerana sudi membuka blog sy dan membaca kisah hidup saya"...ayat ini sebenarnya memang benar2 luahan dari hati i..yer la i nie bukannya artis yang xnyah cite dah kuar dlm paper or media elektronik..hehehe..kalo owang kata yang i nie suka x-pose sgt cite pasal my family..itu la diantara cite i yang nak kongsi dengan kalian mengenai kehidupan i yang rasa sepanjang perkahwinan kami yang i rasa sangat2 bahagia..harap2 ia berkekalan hingga ke syurga..walaupun masih manyak benda atau perkara yang kami suami isteri perlu tahu dan perbaiki..cite kali memang sentimental skit..hihihii..al-maklum orang pregnant nie memang skang ngah mood jiwang-jiwang ckit..paling i nak kongsi nie adalah komunikasi kami melalui sms pada arinie (around 5pm)..berikut merupakan sesi dialog sms kami:

hubie: assalamualaikum, wat pe yang?

me: otw nak g makan + minum petang kat luar

hubie: mkn per?

me: xtau la yang, coz auditi blanja..so i follow jer

hubie: ati2..jaga diri baik2..pe2 sy syg wak..

me:dlm ati {asal ngan husband ako nie..lain mcm jer} i xreply coz leka berborak

3 minit berlalu

hubie: i luv u


Tersentuh ati ini dengan keprihatinan dan kasih syg suami terhadap i..bukan la husband i xmsg guna ayat2 cam tue..cuma die selalu mengingatkan i supaya xleka dengan keseronokan sampai lupa status i sebagai isteri owang n maruah diri..banyak cabaran dan dugaan kat luar kalo xkuat iman..alhamdulilah i sentiasa beringat2 dengan hanya ayat2 dan pesanan yang kerap husband ungkapkan..xlupa juga i pun sentiasa berbalik pesanan itu juga kepada beliau..senang kata..masing2 mau ingat..hohohoho...

banyak tip2 g nak dikongsi mengenai perhubungan kasih sayang suami isteri..kebanyakan nyer pun  timba ilmu dr owang yang lebih rs asam garam kehidupan berumah tangga..sekarang niekan manyak kes cerai berai..takut gak dengar...next post i akan sambung nyer..sonok tgk rumah tangga owang lain pun hepy...nak sambung sms ngan husband...hehehhe


coretan ini ditulis ketika penulis beroutstation dan berada di Miri, Sarawak manakala husband outstation di Kuantan, Pahang

April 3, 2012

Work - Outstation

Assalamualaikum w.b.t

Untuk pemberitahuan, arinie kul 11.00 pg i akan bertolak ke ERL Putrajaya bagi menaiki penerbangan ke Miri, Sarawak (outstation kejer).. Doakan i selamat sampai ke destinasi yang ingin ditujui..insyaallah i akan berjumpa dengan stokis Catalyst di Miri (kalo sempat la) iaitu Puan Rosehariz..kepada sesiapa yang nak order vco atau produk catalyst yang lain bagi sekitar Sarawak lei la sms i kat 0172538580 atau email ra_deka85@yahoo.com..i akan berada dicane sampai ari jumaat sahaja..selamat i bekerja..miss sangat dengan Nur Umairah dan Mohd Muzli...hohohohoh



April 2, 2012

Aquaria KLCC (Date: 31.03.2012)

Assalamualaikum w.b.t

Perancangan tuk pergi ke Aquaria KLCC memang dah lama dirancang tapi baru skang nak pergi coz masing-masing bezy bebenar nak xnak ibu dan ayah Nur Umairah bezy pergi outstation..so kesempatan ini kami bawa la anak dara nie tengok hidupan laut..kebetulan promotion sampai ari sabtu (31.3.2012) maka amatlah digalakkan untuk pergi..bagi orang dewasa harga biasa RM35 xp disebabkan ada promosi jadi nyer harga yang kami dapat RM30. Untuk kanak-kanak yang bawah 3 tahun dikecualikan daripada sebarang bayaran. Kalo 3 tahun ke atas dikenakan harga sebanyak RM25. Memang berbaloi la tgk..cam-cam hidupan laut ado.

Disebabkan kamera i yang xtercanggih dan ditambah pula dengan tidak dibenarkan meng on kan "flash" maka gambar nyer xder la sebape semengah. Oleh itu, i syorkan beli la anset yang canggih manggih...hehehehe..nak snap pun rasa puas hati xder la snap banyak kali tuk dapatkan pic yang cantik.







terblurkan muka husband lak...hehehe..jgn mare uer




si kacak ku


"us"

ibu mengandung..see my "bump"

muka anak dara i pun dah jd blur..nie la penangan kamera yg xcanggih


ikan jerung ku..memang ganas lor


muka udak manja yg dah penat + ngantukk..
nak juga landing dekat ngan "adik" nyer

sebelum alik amik gambar dlu yer

muka i yg baru bgun tdo terus singgah desa pinggiran putra
beli pisang goreng...perwut lapak

muka owang yg drive interprim..kami kt belakang dah tidok..
penat punyer pasai berjalan


Celebrate My Birthday 2017

    Assalamualaikum w.b.t     08 September sudah berlalu,  Terasa sedih dan pilu, Usia meningkat bertalu-talu, Apa nak di...