June 20, 2013

Tip-tip Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit


Assalamualaikum w.b.t
 
 
Selamat pagi semua, harini ramai sangat sahabat i yang sedang sarat mengandung..wahhh rasa macam tahun ini tahun buat anak..hehehehe...apa-apa pun ramai yang tanya camna i boleh senang melahirkan hero i iaitu Muhamad Uwais secara mudah tanpa di 'induce' dan sampai-sampai sahaja di hospital dah dilated 8 cm...Alhamdulilah berkat doa keluarga yang tercinta serta tidak putus-putus bersolat istikarah dan hajat moga kelahiran i yang kedua ini dipermudahkan..dan alhamdulilah Allah s.w.t itu Maha Adil lagi Maha Mengasihani..belum sempat nak meneran sahaja je dah keluar seorang lagi khalifah Allah dimuka bumi ini.
 
 
Kali ini i dah nekad nak sharing dalam blog tip-tip yang secara teknikal yer i baca dalam rakan-rakan blog yang diluar sana yang sudi berkongsi dan juga siap ada sesi soal jawab dengan mereka based pada pengalaman mereka sendiri. Anyway berikut adalah tip-tip yang i dapat kongsikan dan sekiranya ada lagi information yang baru dah berkesan diamalkan maka i akan buat entry yang baru bagi PART II ok..hehehe



Tip-tip Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit

  • Duduk bersila dalam keadaan rehat.
  • Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.
  • Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali.  Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.
  • Kemudian berbaring dengan santai.
  • Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.
  • Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.
  • Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.
  • Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut.  Lakukan 8 kali.
  • Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.
  • Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.
  • Masukkan fikiran positif.  Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.
  • Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas  dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung.  Kembali semula kepada keadaan normal.
  • Amalkan membaca surah-surah lazim ibu yang mengandung serta rajin menbaca doa bagi memudahkan bersalin sekiranya tanda-tanda bersalin sudah ada.
  • Suruh en suami yang tercinta baca surah yassin dan surah maryam serta tiupkan ke dalam air (macam i aritu buat 4 botol...hihihi...cam owang nak mandi 'bunga' pun lei) dan di usap ke perut si isteri yang cute mengandung..mudah-mudahan dipermudahkan bersalin untuk isteri.
  • Suami diingatkan menghindari daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat atau tidak baik kepada isteri yang mengandung..kalo marah sangat isteri yang skang tengah mengedik2 tue layan ke jer la...hehehehe...takut ibu tue stress dan mengalami gangguan emosi.
  • Isteri sebelum nak masuk labour room tue rajin-rajin la mohon maaf dari suami...tue memang wajib kne wat.
  • Orang tua-tua kata kalo dah ada tanda nak bersalin makan telur kampung yang mentah2 dan telan..senang la beranak (ada jugak rasa cam nak cuba).

June 18, 2013

Budak Yang Terlalu Comei



Assalamualaikum w.b.t

 
Ye kebelakangan ini mood untuk menulis blog semakin merudum jer kan..ermmm...keadaan badan yang tak berapa sihat oleh sebab-sebab tertentu...ehehehe..nanti i bagitau berita gembira nye sebabnya masih terlalu awal untuk menjawab segala persoalan di atas...hahahaha....nak gempak plak kan...so persiapan dan aktiviti apa yang i buat sepanjang senyap daripada menulis blog nie adalah membuat keje untuk mencari rezeki...ye mengaudit orang yang tak habis-habis sampai nak muntah dibuatnye kan...pe nak wat dah nie keje i perlu buat untuk cari rezeki...hehehehe..alhamdulilah sekarang nie rezeki makin melimpah ruah..rezeki yang bermacam-macam bentuk dan hati nie sentiasa mensyukuri atas nikmat yang diberikan oleh yang Maha Esa.

 
 
Sekarang minat terhadap lagu-lagu yang sentimental semakin menjadi-jadi kan...dulu nyer yang minat lagu-lagu hip hop or yang bergenre rock dan rancak tapi sekarang mesti cari lagu yang nasional klasik sikit...so terasa diri nie dah tua sangat..banyak citarasa yang berubah pada diri tapi lagu korea masih lagi ditempat hati nie..kalo dulu suka makan makanan fastfood tapi sekarang lebih kepada makanan barat-barat nie...
 
 
 
Ketika tak der keje nie rajin bebenar diri nie melihat gambar kanak-kanak yang muka sangat la kawaii dan gwiyomi kan...memang tergoda la sangat2..kalo para ibu-ibu luar sana yang nak anak-anak mereka comei2 cam Lincoln nie lei la tempek gambar besar2 di setiap penjuru kat umah or opis tue...insyaallah anak yang bakal dilahirkan akan sebijik keluar macam muka baby yang kita suka tengok...tue semua kuasa Allah s.w.t kan...