March 1, 2016

Tip Motivasi: Menghilangkan Rasa Kebimbangan



Assalamualaikum w.b.t




Hati nie dah lama terdetik nak kongsi tip motivasi yang i rasa semua orang penah alami masalah dan perasaan bimbang. Kadang-kadang perasaan kebimbangan itu sampai menghantui hidup kita. Tak dinafikan kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada membuat kesalahan atau kesilapan ataupun kenangan masa lampau yang pahit tuk diingati. Manakan manusia dalam muka bumi nie yang sempurna dalam kehidupan seharian mereka. Berbagai ujian serta disulami dengan dugaan yang datang bertubi-tubi. Tak kira la apa jenis bentuk masalah yang kita hadapi. Tapi bagaimana cara terbaik untuk kita menandatangani dan memperbaiki diri di masa akan datang.






Biarkanlah hari esok menentukan takdirnya. Apa yang perlu sekarang perlu kita lakukan ialah bagaimana kita untuk menjadikan hari ini adalah hari yang terbaik untuk diri kita. Pada pandangan i, ramai orang yang tidak melakukan produktif dalam mengisi hari ini dengan baik. Hanya lah masa yang ada diisi dengan keresahan, kebimbangan dan keraguan terhadap masa hadapan kita. I akui kadang-kadang terasa nak putus asa. Bila nak melakukan sesuatu perkara mesti rasa bimbang takut-takut salah langkah. Perkara yang paling ditakuti ialah "pisang berbuah 2x".










I mengakui yang pernah melalui saat-saat yang dikatakan mahu berputus asa, hilang semangat dan murung. Tetapi atas dorongan suami, kuarga, dan orang terdekat membuatkan masalah dan perasaan bimbang beransur-ansur hilang dengan menyibukkan diri menghadiri setiap aktiviti riadah. Sebagai umat islam, i jadikan al-quran sebagai petunjuk dan meluahkan segala isi hati dan masalah kepada yang Maha Esa. DIA yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani. Terdetik dalam hati, sebenarnya Allah s.w.t masih menyayangi i dan mahu kita ingat dan kembali kepada jalan yang benar. Bermunasabahkan diri dalam setiap kehidupan yang kita lalui. Yer, manusia nie penuh dengan kelalaian dan kecuaian!






Tapi mengapa kita nie hendak mengenangkan masa lampau atau masa depan yang sudah pasti tidak berulang dan akan tahu apa yang akan terjadi. Kita boleh rasa bimbang atau resah tetapi jangan lah sampai kita lupa untuk melakukan sesuatu tindakan dan sikap yang baik pada diri kita untuk harini. Yakinlah apa yang kita sedihkan, bimbang atau resah akan berlalu dan apa yang akan dibimbangkan itu pun belum terjadi. Kenapa harus kita membebankan diri kita daripada merasai kenikmatan hidup yang Allah s.w.t berikan dan anugerahkan.





  
Penuhi harinie dengan tindakan kita yg terbaik, agar sok kita dapat mengenang harinie adalah hari yang kita banggakan. Capaikan sasaran tertinggi, hidup sekali, bermakna dan insyaallah mudah-mudahan hidup kita penuh dengan kenikmatan yang Allah s.w.t berikan dan limpahkan kepada kita. Insyaallah..amin yarabaalamin.